Rabu, 7 Julai 2010

Cinta membawa kepada zina??


Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak, wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.


Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S.A.W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. ***a tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi
malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani
pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz:Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. C uma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ’second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Khamis, 1 Julai 2010

Cari titik persefahaman, keserasian

Oleh Zuhayati Yazid

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna. Hidup dalam alam rumah tangga memang banyak cabaran dan rintangan untuk dihadapi. Oleh itu, sebagai manusia yang normal adalah menjadi tanggung jawab kita mengenali secara dekat pasangan masing-masing.

''Biar apa pun terjadi, kita seharusnya prihatin dengan pasangan, jangan hanya nampak keburukan semata-mata.

''Setiap pasangan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Justeru, titik persefahaman dan keserasian perlu dicari agar rumah tangga yang dibina atas dasar rasa hormat-menghormati dan sentiasa aman damai,'' ujar Profesor Madya Dr. Haslee Sharil Abdullah.

Beliau yang merupakan Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya memberitahu, hal itu penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga.

Katanya, daya tarikan antara pasangan adalah perkara asas yang boleh menyatukan dua hati.

''Jika hati sudah berkenaan, tidak kira apa pun keadaan, cantik ataupun sebaliknya, ia pasti memberi keselesaan kepada kita," katanya.

Oleh itu tegasnya, isu penampilan adalah asas penting yang harus diberi keutamaan dalam menjaga keharmonian rumahtangga.

''Daya tarikan dan penampilan seseorang adalah subjektif dan mengikut cita rasa masing-masing,

''Namun sebagai pasangan, kita seharusnya peka dengan kehendak pasangan kita supaya si dia tidak berubah haluan,'' ujarnya.

Katanya lagi, perkara itu mustahak bagi mengelak salah seorang pasangan berubah hati dan mencari keseronokan di tempat lain.

''Biarpun ia nampaknya kecil, sebenarnya ia memberikan kesan yang besar dalam hubungan suami isteri," ujar beliau.

Katanya, sekiranya perlu ubah dalam penampilan diri, ia tidak menjadi kesalahan demi hubungan suci yang telah lama terbina.

Dalam pada itu tegasnya lagi, dalam menangani pelbagai permasalahan, komunikasi adalah penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa dan perasaan.

''Dalam keadaan ini, mereka mestilah meluahkan segala yang tidak berkenaan dari hati ke hati, jangan memendam rasa kerana itu bahaya,'' kata Haslee.

Namun, beliau mengharapkan pasangan agar sentiasa berdiplomasi dalam menegaskan sesuatu jika terdapat perkara yang tidak puas hati.

''Tidak salah menegur pasangan kita, tetapi biarlah kena pada caranya supaya tidak terguris perasaannya.

''Tegurlah secara lembut dan berikan dirinya peluang untuk berubah ke arah yang positif ,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, setiap masalah ada penyelesaiannya. Jika kedua-dua pihak boleh berunding, pasangan yang bermasalah usah terus berdendam dan tidak mengungkit perkara lama.

Beliau menjelaskan kesan penceraian ke atas keluarga dan masyarakat amat banyak dan dari segi jangka panjangnya amat buruk.

Jika institusi kekeluargaan sudah pincang akan berlakulah pelbagai gejala kurang sihat.

Sumber: Utusan Online 24/3/2010

Aktiviti berjemaah erat hubungan suami isteri


Sesetengah pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itu, hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

Justeru, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam:

Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sekali-kali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 19, bermaksud: “Dan pergaulilah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”

Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.

Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak dan mandi bersama.

Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya kusut masai dan dalam keadaan tidak terurus.

Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Muslim)

Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan ‘azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.

Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “Seorang sahabat telah bertanya kepada nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)

Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika isteri dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.

Cabaran Membina Keluarga Bahagia



APABILA media mendedahkan kejadian menyayat hati yang berlaku dalam institusi keluarga, ia mengundang kejutan dan rasa sedih. Apakah gerangan yang berlaku kepada institusi keluarga hari ini?

Kenapa berlaku jenayah seperti membunuh, mendera dan buang bayi dalam menghadapi konflik yang melanda sedangkan banyak cara lain boleh diguna pakai bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

Ibu bapa yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak juga sudah tidak boleh dipercayai apabila ada setengah mereka sanggup mencederakan anak sendiri. Mereka menjadi mangsa kezaliman ibu bapa yang hilang rasa kemanusiaan dan tanggungjawab.

Fenomena ini mungkin berpunca akibat dominannya pemikiran ‘kebendaan’ yang melanda masyarakat hari ini. Pemikiran kebendaan boleh menyebabkan manusia hilang rasa tanggungjawab, kemanusiaan dan kasih sayang hatta kepada zuriat sendiri.

Pemikiran kebendaan bersifat antiilmu, berpaksikan hawa nafsu dan prasangka, sering didorong oleh desakan luaran jangka pendek di dalam budaya dan sosioekonomi keluarga itu.

Pemikiran sebegini boleh menjadi punca lahirnya pemimpin keluarga rakus jiwanya yang hanya berusaha memenuhi keperluan naluri manusia hinggakan hilang komitmen kepemimpinan keluarga sebenarnya.

Mengikut Islam, puncanya juga disebabkan kebanyakan manusia meletak agama ke tepi demi tarikan segala bentuk harta benda yang mereka miliki atau hanya menumpukan kepada dunia dan mengabaikan hari akhirat.

Mereka tertipu dengan ‘kecantikan dan keindahan’ wajah kehidupan dunia ini, sehingga gagal untuk melaksanakan amanah. Mereka menggunakan seluruh hidup untuk maju di dunia saja.

Salah faham ini dijelaskan di dalam ayat Al-Quran, yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali-Imran, ayat 14)

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata daripada kehidupan dunia, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu mengenai hari akhirat.” (Surah Ar-Ruum, ayat 7)

Keluarga Muslim seolah-olah hilang pedoman atau contoh yang boleh dijadikan teladan sedangkan al-Quran dan sunnah sewajarnya menjadi panduan dan pegangan mereka.

Sunnah pembinaan keluarga muslim yang digariskan oleh Rasulullah SAW ialah berasaskan agama. Ini dijelaskan dari awal pemilihan calon suami atau isteri lagi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Dinikahi wanita itu kerana hartanya, kecantikannya dan agamanya, pilihlah berdasarkan agamanya kerana ia dapat memelihara diri kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menekankan pentingnya pemilihan calon suami atau isteri berasaskan agama kerana dengannya menjamin keutuhan keluarga. Agama memandu Muslim ke arah manakah tujuan pembinaan keluarga itu.

Agama juga menjadi pendinding yang mengawal keluarga daripada perkara yang menyimpang atau gelincir daripada jalan yang lurus.

Rasulullah mencela mereka yang membuat pilihan tidak berdasarkan agama seperti maksud sabda Baginda: “Sesiapa yang mengahwini isteri kerana kedudukannya, tiadalah yang Allah tambah kecuali kehinaan, sesiapa yang menikahi isteri kerana hartanya, tiada yang ditambah oleh Allah kecuali kefakiran, tetapi sesiapa yang berkahwin kerana ingin menundukkan pandangannya, menjaga kehormatannya, atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkati keduanya.” (Riwayat Tabrani)

Pembinaan keluarga bahagia boleh diukur berdasarkan sebanyak manakah keluarga itu dapat mengamalkan sunnah atau contoh amalan dalam kehidupan berumahtangga seperti dilakukan Rasulullah SAW.

Rasulullah adalah bapa yang sangat bijak menyantuni ahli keluarganya dan sebagai pemimpin negara, Baginda pernah membeli dan membawa barang keperluan rumah tangga dari pasar.

Baginda turut membantu isterinya di dapur, menjahit sendiri pakaiannya yang koyak. Bahkan Baginda bapa yang sangat penyayang. Baginda ada masa bermain bersama cucunya yang masih kecil; Hasan dan Husin. Baginda juga bergurau senda bersama isterinya, pernah berlumba lari dengan Aisyah di mana sekali Aisyah menang dan sekali lagi kalah.

Rumah tangga tidak terlepas daripada masalah dan konflik. Rasulullah juga mengalami konflik rumah tangga.

Selepas kerasulannya, kehidupan Rasulullah bertukar daripada dilimpahi kemewahan, kebahagiaan dan ketenangan menjadi miskin, penuh penderitaan bahkan tergugat ketenangan kerana ancaman dan pemulauan.

Namun sokongan isterinya, Khadijah dan ahli keluarga terdekat tidak pernah tergugat bahkan menjadi penyokong utama Baginda dalam setiap keadaan.

Baginda pernah berhadapan dengan kerenah isteri yang meminta nafkah lebih sehingga terpaksa meninggalkan mereka beberapa ketika sehingga turun keterangan Allah mengenai teguran terhadap tingkah laku isteri Baginda.

Baginda juga pernah menghadapi cabaran getir ketika isterinya, Aisyah difitnah berlaku curang oleh golongan munafik sehingga akhirnya Allah memberi keterangan terhadap peristiwa berlaku.

Begitu juga Rasululah pernah menghadapi konflik apabila berlaku persengketaan dan cemburu di antara isterinya, menangis penuh duka ketika menghadapi kematian anakanda dikasihinya Ibrahim, ketika sudah mula pandai berinteraksi.

Semuanya adalah teladan yang wajar dijadikan contoh dalam melayari bahtera keluarga bahagia. Masyarakat hari ini perlu meningkatkan pengetahuan sama ada melalui pembacaan buku sirah Nabi dan mendengar pengajian agama.

Kebijaksanaan pasangan suami isteri, ibu dan bapa meningkatkan ilmu dan pengetahuan mengenai sunnah serta sirah Rasulullah sudah tentu dapat dijadikan panduan menangani masalah yang berkemungkinan berlaku dalam rumah tangga. Penghayatan pasti dapat digarap suami isteri yang suka menambah ilmu untuk menghadapi cabaran hidup berumah tangga.

Nasihat buat para isteri dan para ibu

1) Taat pada suami

Antara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya.” [Riwayat Thabrani]

Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga.

Rasulullah saw bersabda:

“Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki.”

Dalam hadis yang lain pula diterangkan:

“Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga.”

Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.

HUKUM MEMUKUL ISTERI

Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul
hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian
Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah
lembut dan bertimbang rasa didalam segala
hal, terutama sekali didalam perkara2 berhubung dengan rumah tangga
(isteri dan anak2).

Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud :

"Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan
yang paling lembut terhadap isterinya".
Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang
hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula,
tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad.

Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang
baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil
tindakan yang
keterlaluanterhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan
mengeluarkan kata2 yang kesat yang boleh
menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.

Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada
AlQuran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi
segala masalah tanpa menghadapi apa2
kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai
lawyer dan sebagainya).

Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu
(sang suami) memberi mereka nasihat2, dan
berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka
jika mereka patuh kepada kamu, janganlah
mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah
Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu
bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang
tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya
keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka
antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu
adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.

Begitulah ajaran Allah terhadap hamba2nya yang mahu beriman.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu
daud dan Ibnu Majah.

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada
sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak
mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka isteri.
Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali.
Rata2nya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas
ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa
yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam
perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan
faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan
murka Allah.

Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu
meminta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan
oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut
mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada
sang suami melalui kata2 kesat, maka digunting
lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka
yang mendidih.

Poligami (perbincangan)

Mmg dah lumrah sejak dr nabi Adam AS lg setiap hukum dan Syariat Allah SWT
mesti ada yg membantah atau tudak mahu menerimanya, sbb itu Allah SWT sentiasa
mengutus para Nabi dan Rasul utk memberi peringatan kpd Manusia sehinggalah
sampai kepda saat Rasulullah SAW. Itulah manusia dgn sipat yg sering melupakan
nikmat2 Allah SWT.

Mmg POLIGAMI amat menyakitkan kpd Kaum Wanita , ada yg mampu utk menerima dgn
redha, ada yg menerima ngn bersyarat, dan tk kurang pulak yg menolaknya dgn
pelbagai alasan. Semua itu Dalam Pengatuhan yg Maha mengetahui sbb it ganjaran
bg org org yg sanggup menerima dan redha amat besar d sisi Allah SWT.

Kpd kaum Lelaki poligami mmg amat wajib disyukuri, ada yg suka yang amat, ada
pulak jika berpeluang akan mengamalkannya, sbb itu kpda lelaki Allah sediakan
jugak Azab yg amat pedih jika mrk melanggar syarat berpoligami dlm Islam. sama
samalah kita berdoa memohon keampunan dr Allah Swt agar kita di lindungi dr
tergolong dlm golangan yg membantah syariat dan hukum Allah ini
...Na'uzubillah... wallahua'lam

Sebagai renungan

TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant
luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup
dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini
kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada
bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh
bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak
sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda
sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan
mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu
adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan
saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau
membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas
daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi,
fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya
perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

Isteri Nusyuz

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan. Walau bagaimanapun, tanggungjawab itu bukan mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami menjalankan sepenuh tanggungjawab terhadap isteri.Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami, manakala, hak suami pula adalah tanggungjawab isteri termasuk mematuhi suruhan suami selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Jika suruhan suami bertentangan dengan ajaran Islam, ia bukan saja tidak wajib dipatuhi malah, suami perlu diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada hadis Sunan Abu Daud yang bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” Rasulullah SAW membuat perumpamaan sebegitu untuk menunjukkan betapa pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak keluar daripada landasan syarak.Bagi menentukan sama ada isteri saudara nusyuz dan saudara wajib atau tidak memberi nafkah, kita perlu meneliti kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003:“Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain:· Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;· Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau· Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.”

Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya sekiranya beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan salah satu atau kesemuanya perkara (a), (b) dan (c).Namun demikian, mengikut peruntukan di atas, seorang isteri tidaklah dikatakan nusyuz melainkan perbuatan itu tertakluk kepada Hukum Syarak dan disahkan oleh mahkamah terlebih dulu.Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: “Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.”

Oleh itu, mengikut peruntukan ini walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya tetapi kemudian dia bertaubat, maka isteri tidak dianggap nusyuz. Dalam keadaan ini, suami wajib memberi nafkah kepada isteri.Kes saudara menunjukkan isteri enggan berpindah mengikut saudara ke Shah Alam.

Namun begitu, beliau mempunyai alasan untuk mengambil keputusan enggan berpindah.Sebagai suami isteri yang berhasrat untuk menjaga kebahagiaan rumah tangga, saudara wajar berbincang secara tulus, telus dan berhikmah dengan isteri. Saudara wajar berbincang dan mungkin saudara boleh memberikan cadangan yang baik seperti menolongnya mencari kerja terlebih dulu dan kemudian baru berpindah ke Lembah Klang.

Namun demikian sekiranya isteri saudara masih lagi enggan tanpa alasan yang kuat, saya berpendapat saudara wajar merujuk kepada pendekatan Quran dalam menangani isteri nusyuz.Firman Allah yang bermaksud: “Dan isteri-isteri yang kamu curigai akan berlaku nusyuz (derhaka), hendaklah kamu menasihati mereka dan sekiranya mereka berdegil, tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga, pukul mereka, kemudian jika mereka kembali mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar.”

Ayat di atas menggariskan langkah yang perlu diambil suami dalam menghadapi kerenah isteri yang nusyuz iaitu menasihati, memulaukan (mengasingkan diri dari tempat tidur isteri) dan memukul dengan pukulan pengajaran yang tidak mencederakan.Pertama, jika sudah diadakan perbincangan tetapi isteri tetap berdegil, cuba nasihatkan bersandarkan kepada ayat al-Quran dan sunnah bagi melembutkan serta mendekatkan isteri kepada nilai agama.Jika isteri saudara masih lagi berdegil, tunjukkan rasa tidak reda dengan tidur berasingan bilik atau membelakangi isteri ketika tidur. Mudah-mudahan dia sedar atas kesilapannya.

Kaedah terakhir iaitu memukul dengan pukulan tidak melukakan atau mencederakan isterinya, tidak boleh dibuat di tempat sensitif seperti muka dan dada serta tidak menggunakan alat yang boleh mencederakan.Apapun, saya sangat mengharapkan saudara berbincang dengan baik, gariskan kebaikan dan keburukan tinggal berjauhan, apa kemungkinan berlaku jika berhenti kerja dan cari alternatif yang baik.Semoga kerjasama kedua pihak dapat memastikan perkahwinan berkekalan dan beroleh bahagia.

Cerai Guna SMS

Peguam Syarie Menulis:
SMS talak sah jika suami ada niat bercerai
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


ISU bercerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sememangnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ada yang berjuang mendesak supaya cerai secara SMS dianggap tidak sah kerana tindakan itu tidak bermaruah, memalukan serta mempersendakan keutuhan institusi keluarga yang menjadi inti pati kekuatan ummah. Apakah sebenarnya kedudukan cerai SMS?

Secara umumnya kuasa menjatuhkan talak berada di tangan suami. Apabila suami menjatuhkan talak, maka berlakulah perceraian sama ada lafaz talak menggunakan bahasa Arab atau bahasa lain, melalui tulisan atau bahasa isyarat boleh difahami.

Talak dijatuhkan itu boleh dibahagi kepada dua iaitu talak dilafazkan secara jelas (talak al-soreh) dan talak yang berlaku secara sindiran (talak al-kinayah). Talak soreh iaitu lafaz yang jelas maknanya merujuk kepada cerai dan ia memberi kesan walaupun suami menyebutnya tanpa niat atau pun secara main-main. Contohnya, seorang suami berkata kepada isterinya, "Abang ceraikan awak dengan talak satu" atau lain-lain.

Talak kinayah iaitu talak secara kiasan atau sindiran di mana ia boleh membawa banyak maksud sama ada cerai atau tidak, ia hanya menjadi sah apabila ada niat di pihak suami. Contohnya, suami berkata, "Awak baliklah ke rumah ayah awak", "Kita berdua sudah tiada hubungan lagi" dan lain-lain.

Di sinilah datangnya jawapan kepada kedudukan bercerai menggunakan kaedah tulisan SMS. Jumhur fuqaha berpandangan talak melalui tulisan dianggap sah jika ketika suami menulisnya ada disertai niat untuk bercerai. Menurut mazhab Syafie dan Maliki, talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk jelas (soreh) dan dapat difahami maksudnya tetap tidak sah dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Contohnya, suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis, "Aku ceraikan kamu" maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat demikian. Selain itu, tulisan berkenaan juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya.

Dalam kes Azida Fazlina lawan Shamsudin Latif yang diputuskan pada 2003, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan mensabitkan perceraian pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila suami menghantar kepada isteri SMS berbunyi, "Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga."

SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan bahawa dia yakin suaminya iaiitu defendan dalam kes ini yang mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan soalan kepada defendan, beliau memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim Syarie ketika membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap plaintif.

Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian itu.

Fatwa yang diputuskan adalah,

* talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat.
* Semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talak berkenaan.
* Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak.

Apabila berlaku situasi sebegini, ke mana pasangan perlu pergi untuk menyelesaikan masalah itu? Jawapannya, pihak isteri atau suami perlu membawa kes ke mahkamah syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz itu. Mereka tidak boleh mendiamkan diri atau memutuskan sendiri kes itu sama ada suami mengatakan ada niat atau tiada niat dan sebagainya. Hanya mahkamah syariah yang ada kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian sebegini sekali gus mensabitkan atau tidak mensabitkan perceraian antara pasangan terbabit.

Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS 2003) memperuntukkan seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah.

Selepas itu, mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu sah mengikut hukum syarak. Jika mahkamah berpuas hati bahawa talak yang dilafazkan sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah hendaklah membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak, merekodkan perceraian itu dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Kita semua perlu melihat bahawa semua urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seseorang berkahwin secara baik dan terhormat, membuat kenduri dengan begitu meriah, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan menggunakan SMS dan sebagainya. Sungguh tidak beradab orang yang berkahwin dengan penuh kebesaran dan keriuhan tetapi mengakhiri perkahwinannya dengan menggunakan kaedah SMS.

Rujuk Guna SMS

Pernyataan hasrat rujuk guna SMS tidak sah
oleh Mohamad Isa Abd Ralib
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan.

Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri itu masih suka kepada suaminya. Sebaliknya suami boleh merujuk isteri yang diceraikan walaupun isteri itu tidak lagi suka kepada suaminya. Menurut jumhur ulama, ada tiga rukun utama rujuk iaitu suami, isteri dan sighah (lafaz).

Kewujudan saksi hanya disunatkan.Rukun pertama, suami hendaklah seorang yang baligh. Tidak sah rujuk bagi suami yang belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk, suami hendaklah kekal dalam Islam. Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai idah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus.

Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuknya tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak rajie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk.Rujuk juga hanya boleh berlaku ketika isteri dalam tempoh idah.

Tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya idah isteri atau isteri berkenaan murtad ketika dirujuk.Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti ‘engkau’ atau ‘nama isteri itu’ atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah itu pula tidak boleh digantungkan (ditaklikkan) dengan sesuatu.Contohnya suami berkata: “Abang rujuk awak jika awak suka.” Atau: “Abang kembali kepada awak jika emak awak datang.”

Rujuk yang digantungkan atau ditaklikkan dengan sesuatu syarat seperti contoh di atas adalah tidak sah.Jenis lafaz rujuk terbahagi kepada dua iaitu lafaz sareh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran/simbolik).Contoh
lafaz sareh seperti kata suami “Abang rujuk kembali kepada kamu”. Lafaz seperti ini adalah sah dan tidak memerlukan niat. Manakala lafaz kinayah menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang membawa maksud untuk rujuk seperti kata suami “Abang pegang awak”. “Awak masih isteri abang” jika menggunakan lafaz kinayah maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk rujuk ketika malafazkan perkataan sindiran itu.

Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukunnya adalah sah walaupun rujuk yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk.Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.

Dari sudut peruntukan undang-undang, saudara boleh melihat Seksyen 52 (2) – (9) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Antara lain, Seksyen ini menyebut bahawa sekiranya isteri tamat idah, maka tidak boleh dirujuk. Sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, maka dia tidak boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahkamah hendaklah melantik satu jawatankuasa pendamai seperti diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Ini bermaksud, sekiranya isteri tidak bersetuju dengan alasan yang diterima syarak seperti suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik. Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya.Seorang suami dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti bertujuan untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.

Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum itu sebagai ejek-ejekan dan permainan”. Dari segi hukum rujuk juga, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain.Makruh rujuk pula jika perceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya.

Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri yang ingin dirujuknya itu.Merujuk kepada kes saudara, berdasarkan mazhab Syafei, kedudukan rujuk yang saudara buat melalui SMS adalah tidak sah walaupun mempunyai niat untuk rujuk semula bersama isteri. Lafaz rujuk yang dibuat oleh saudara adalah berbentuk tulisan (kitabah) dan bukannya secara lisan melainkan saudara seorang bisu (tidak boleh berkata-kata).

Untuk makluman saudara SMS dianggap sebagai tulisan (kitabah).Namun begitu sekiranya saudara membaca balik SMS itu secara berlafaz sebaik saja saudara menghantar SMS itu, rujuk itu dianggap sah kerana saudara melafazkan rujuk. Saudara perlu melafazkan kembali lafaz rujuk berkenaan secara lisan terhadap isteri di dalam tempoh idah isteri saudara. Sekiranya tempoh idah habis, maka saudara dikehendaki menjalankan akad nikah baru dengan bekas isteri saudara.

Jika dengan akad nikah yang baru, saudara perlu ingat, bilangan talak saudara dengan isteri tersebut berkurang kepada dua sekiranya sebelum ini bercerai dengan talak satu. Saudara juga perlu mengambil kira lafaz taklik yang dibaca ketika perkahwinan dahulu, kerana sesetengah negeri meletakkan taklik iaitu sekiranya suami merujuk tanpa persetujuan isteri maka boleh jatuh satu lagi talak.

Perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seorang berkahwin secara baik dan terhormat, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian juga dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan menggunakan SMS dan sebagainya. Begitu juga apabila suami ingin merujuk isteri, wajarlah berdepan menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan suami, kerana ia bukan perkara main-main.

Untuk mengesahkan rujuk yang saudara buat, saya menasihatkan agar saudara dapat membuat permohonan pengesahan rujuk di hadapan Pendaftar, Nikah, Cerai dan Rujuk di Pejabat Agama di tempat saudara. Semoga perkahwinan saudara akan dapat diselamatkan dan beroleh keberkatan.

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Wanita Sejati

Berpandukan kepada perkara-perkara ini, silalah semak di mana anda berada wahai para wanita berpaksikan ungkapan-ungkapan berikut:-

1. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan paras wajahnya, tetapi daripada kecantikan hati yang ada dibaliknya.

2. Wanita sejati bukan dilihat daripada bentuk tubuhnya yang mempesona,tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

3. Wanita sejati bukan dilihat daripada begitu banyak kebaikan yang diberikannya,tetapi daripada keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

4. Wanita sejati bukan dilihat daripada seberapa indah bunyi suaranya, tetapi daripada apa yang mulutnya sering membicarakan.

5. Wanita sejati bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya berbahasa.

6. Wanita sejati bukan dilihat daripada keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat sejauh mana dia berani memperteguh kehormatan.

7. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.

8. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mempu menjaga kehormatannya dalam bergaul.

9. Wanita sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat daripada kekhuatiran orang jadi tergoda.

Sumber : Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj

Lelaki Pelindung Wanita

Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Jika kita sama-sama hayati ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

* Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
* Menjadi teladan yang baik.
* Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
* Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.


"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)




Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya. 'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.

Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.




Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.

Hak Isteri Yang Wajib di Penuhi Suami: MEMBERINYA MAKAN

Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Ketika jinjang pernikahan sudah dilalui, maka suami dan isteri haruslah saling memahami kewajipan-kewajipan dan hak-haknya agar tercapai keseimbangan dan keserasian di dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Di antara kewajipan-kewajipan dan hak-hak tersebut adalah seperti yang tersurat di dalam sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dari Shahabat Mu’awiyah bin Haidah bin Mu’awiyah al-Qusyairi radhiyallaahu ‘anhu bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Ya Rasulullah, apa hak seorang isteri yang harus dipenuhi oleh suaminya?” Maka Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

1. Engkau memberinya makan apabila engkau makan,
2. Engkau memberinya pakaian apabila engkau berpakaian,
3. Janganlah engkau memukul wajahnya,
4. Janganlah engkau menjelek-jelekkannya, dan
5. Janganlah engkau meninggalkannya melainkan di dalam rumah (yakni jangan berpisah tempat tidur melainkan di dalam rumah).” [1]

(1). ENGKAU MEMBERINYA MAKAN APABILA ENGKAU MAKAN
Memberi makan merupakan istilah lain daripada memberi nafkah. Memberi nafkah ini telah diwajibkan ketika si suami akan melaksanakan ‘aqad nikah, iaitu di dalam bentuk mahar, seperti yang tersurat di dalam Al-Qur’an, surah al-Baqarah ayat 233.

Allah berfirman

“Ertinya : …Dan kewajipan ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 233)

Bahkan ketika terjadi perceraian, suami masih berkewajipan memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk mengurus anak-anaknya. Barangsiapa yang hidupnya tidak mewah, dia wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Ertinya : …Dan orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” (Ath-Thalaq : 7).

Ayat yang mulia ini menunjukkan kewajipan seseorang untuk memberikan nafkah, meskipun dia dalam keadaan serba kekurangan, dan sudah pasti hal ini disesuaikan dengan kadar rezeki yang telah Allah berikan kepada dirinya.

Berdasarkan ayat ini pula, ia menunjkkan memberikan nafkah kepada isteri hukumnya adalah wajib. Sehingga di dalam mencari nafkah, seseorang tidak boleh bermalas-malasan dan tidak boleh bergantung hidupnya kepada orang lain serta tidak boleh meminta-minta kepada orang lain untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anaknya. Sebagai ketua rumah tangga, seorang suami harus memiliki usaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan kemampuannya.

Perbuatan meminta-minta menurut Islam adalah perbuatan yang sangat hina dan tercela. Burung yang diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla tidak sesempurna manusia yang dilengkapi dengan kemampuan berfikir dan tenaga yang jauh lebih besar, tidak pernah meminta-minta dalam mencari makan dan memenuhi keperluannya. Dia terbang pada pagi hari dalam keadaan perutnya kosong, dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut yang telah kenyang. Demikianlah yang dilakukannya setiap hari, meskipun hanya berbekalkan sayap dan paruhnya.

Di dalam mencari rezeki, seseorang hendaklah berikhtiar (usaha) terlebih dahulu, kemudian bertawakkal (menggantungkan harapan) hanya kepada Allah, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, maka sungguh kalian akan diberikan rezeki oleh Allah sebagaimana Dia memberikan kepada burung. Pagi hari burung itu keluar dalam keadaan kosong perutnya, kemudian pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.”[2]

Seorang suami juga harus mencari rezeki-rezeki yang halal dan thayyibah, untuk diberikan kepada isteri dan anaknya. Bukan dengan cara-cara yang tercela dan dilarang oleh syari’at Islam yang mulia. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidak akan menerima daripada sesuatu yang haram. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada kaum mukminin seperti yang Dia perintahkan kepada para Rasul. Maka, Allah berfirman: ’Hai Rasul-Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shalih.” (Al-Mukminuun : 51).

Dan Allah Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.” (Al-Baqarah : 172).

Kemudian Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan orang yang lama bermusafir; rambutnya kusut; berdebu, dan menadahkan kedua tangannya ke langit, ‘Yaa Rabb-ku, yaa Rabb-ku,’ padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan diberi kecukupan dengan yang haram, bagaimana do’anya akan dikabulkan?”[3]

Nafkah yang diberikan si suami kepada isterinya, lebih besar nilainya di sisi Allah ‘Azza wa Jalla dibandingkan dengan harta yang diinfaqkan (meskipun) di jalan Allah ‘Azza wa Jalla atau diinfaqkan kepada orang miskin atau untuk memerdekakan seorang hamba.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Wang yang engkau infaqkan di jalan Allah, wang yang engkau infaqkan untuk memerdekakan seorang hamba (budak), wang yang engkau infaqkan untuk orang miskin, dan wang yang engkau infaqkan untuk keluargamu, maka yang lebih besar ganjarannya adalah wang yang engkau infaqkan kepada keluargamu.”[4]

Setiap yang dinafkahkan oleh seorang suami kepada isterinya akan diberikan ganjaran oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Ertinya : …Dan sesungguhnya, tidaklah engkau menafkahkan sesuatu dengan niat untuk mencari wajah Allah, melainkan engkau diberi pahala dengannya sehinggakan apa yang engkau berikan ke mulut isterimu akan mendapat ganjaran.”[5]

Seorang suami yang tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka dia berdosa. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ertinya : Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia mensia-siakan orang yang wajib dia beri makan (nafkah).”[6]

(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006)

Sumber http://almanhaj.or.id/. Diedit dan diterjemah oleh Abu Usamah


[1] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2142), Ibnu Majah (no. 1850), Ahmad (IV/447, V/3, 5), Ibnu Hibban (no. 1286, al-Mawaarid), al-Baihaqi (VII/295, 305, 466-467), al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (IX/159-160), dan an-Nasa’i dalam ‘Isyratun Nisaa’ (no. 289) dan dalam Tafsir an-Nasa’i (no. 124). Hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh adz-Dzahabi.

[2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2344), Ahmad (I/30), Ibnu Majah (no. 4164), at-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan shahih.” Dishahihkan juga oleh al-Hakim (IV/318), dari ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallaahu ‘anhu.

[3] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1015), at-Tirmidzi (no. 2989), Ahmad (II/328) dan ad-Darimi (II/300), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.

[4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 995), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.

[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1295) dan Muslim (no. 1628), dari Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallaahu ‘anhu.

[6] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 1692), dari Shahabat ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallaahu ‘anhuma. Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahiih Sunan Abi Dawud (V/376, no. 1485)

Hak Isteri Yang Wajib di Penuhi Suami:JANGAN ENGKAU MEMUKUL WAJAHNYA


Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas


Di antara hak yang harus dipenuhi seorang suami kepada isterinya ialah tidak memukul wajah isterinya, meskipun terjadi perselisihan yang sangat dahsyat, misalnya kerana si isteri telah berbuat derhaka kepada suaminya. Memukul wajah si isteri adalah haram hukumnya. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla.

“Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz[1], hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Mahabesar.” (An-Nisaa’ : 34)

Di dalam ayat ini, Allah membolehkan seorang suami memukul isterinya. Akan tetapi ada hal yang perlu diperhatikan dengan bersungguh-sungguh. Keizinan untuk memukul adalah harus memenuhi kaedah-kaedah sebagai berikut, iaitu:

1. Setelah dinasihati, dipisahkan tempat tidurnya, namun tetap tidak mahu kembali kepada syari’at Islam.
2. Tidak dibenarkan memukul wajahnya.
3. Tidak boleh memukul dengan pukulan yang menimbulkan bekas atau membahayakan isterinya.

Pukulannya pula pukulan yang tidak melukai, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Ertinya : Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.”[2]

Pada zaman Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, ada sebahagian Shahabat yang memukul isterinya, kemudian Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarangnya. Namun ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallaahu ‘anhu mengadukan atas bertambah beraninya wanita-wanita yang nusyuz (derhaka kepada suaminya), sehingga Rasul memberikan rukhshah untuk memukul mereka. Para wanita berkumpul dan mengeluh dengan hal ini, kemudian Rasul shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ertinya : Sesungguhnya mereka itu (yang suka memukul isterinya) bukan orang yang baik di antara kamu.”[3]

Dari ‘Abdullah bin Jam’ah bahawasanya dia telah mendengar Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ertinya : Bagaimana mungkin seseorang di antara kalian sengaja memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya, lalu dia menyetubuhinya di malam harinya?”[4]

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga menyebutkan tentang lelaki yang baik, iaitu yang baik kepada isteri-isterinya.

Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ertinya : Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik kepada isteriku”[5]

“Ertinya : Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya.”[6]

[4]. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MENGHINA ISTERI


Contoh ucapan yang dimaksudKAN adalah “Semoga Allah menghinamu” atau “Kamu dari keturunan yang hina” atau yang selainnya yang menyakitkan hati si isteri.

Seorang suami telah memilih isterinya sebagai pendamping hidupnya, maka kewajipan dia untuk mendidik isterinya dengan baik. Setiap manusia tidak ada yang sempurna. Oleh itu kekurangan di dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang normal sahaja terjadi di dalam kehidupan sehari-hari.

Kadang-kala isteri memiliki kekurangan di dalam satu sisi, dan suami pun memiliki kekurangan dari sisi yang lain. Tidak selayaknya melimpahkan tumpuan kesalahan tersebut seluruhnya kepada si isteri.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Tidak boleh seorang mukmin menghina seorang mukminah. Jika dia membenci satu akhlak darinya maka dia redha darinya (dari sisi) yang lain.”[7]

Seorang suami, sebagai kepala rumah tangga berkewajipan untuk membimbing dan mendidik isteri dengan sabar sehingga dapat menjadi isteri yang shalihah dan dapat melayani suaminya dengan penuh keredhaan.

Islam mengajarkan kepada ummatnya untuk memanjatkan do’a kepada Allah ‘Azza wa Jalla atas kebaikan tabiat isterinya dengan memegang ubun-ubunnya seusai ‘aqad nikah sambil membaca:

“Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kehinaannya dan kehinaan tabiat yang dibawanya.”[8]

Apabila isteri kita salah, keliru atau melawan, maka nasihatilah dengan cara yang baik. Tidak boleh menjelek-jelekkannya, dan do’akanlah agar Allah memperbaikinya dan menjadikannya isteri yang shalihah.

[5]. TIDAK BOLEH ENGKAU MEMISAHKANNYA, KECUALI DI DALAM RUMAH

Jika seorang suami dalam keadaan marah kepada isterinya atau terjadi ketidakharmonian di antara keduanya, maka seorang suami tidak berhak untuk mengusir si isteri dari rumahnya. Islam menganjurkan untuk meninggalkan mereka di dalam rumah, di tempat tidurnya dengan tujuan untuk mendidiknya. Si suami harus tetap bergaul dengan baik terhadap isterinya, seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang mulia, Allah Ta’ala berfirman:

“Ertinya : Dan janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah (diizinkan) keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas.” (Ath-Thalaq : 1)

Juga firman-Nya.

“Ertinya : … Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” (An-Nisaa’ : 19)

Pernikahan adalah ikatan yang kukuh, tidak selayaknya hanya kerana masalah yang kecil dan remeh lalu bercerai-berai. Bahkan di dalam masalah-masalah yang sangat besar pun, kita diperintahkan untuk bersabar menghadapinya, serta saling nasihat-menasihati.

Akan menjadi sangat sulit bagi orang tua (suami dan isteri) untuk membimbing dan mendidik keturunannya agar menjadi anak yang shalih apabila si suami berpisah dengan isterinya. Sedangkan anak yang shalih merupakan salah satu aset yang sangat berharga, baik untuk kehidupan kedua orang tuanya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Bahkan kata-kata yang mengandungi perceraian (thalaq) harus dijauhkan dengan sejauh-jauhnya meskipun si suami dalam keadaan marah yang sangat, baik diutarakan dengan bersungguh-sungguh mahupun sekedar bergurau. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang kalimat thalaq ini:

“Ertinya : Tiga hal yang apabila diucapkan bersungguh-sungguh akan terjadi, main-mainnya (pun) terjadi, iaitu nikah, thalaq, dan ruju’.”[9]

Seseorang ketika dalam keadaan marah, cenderung untuk mengeluarkan kata-kata yang kotor, perkataan yang jelek, dusta, mencaci maki, mengungkit-ungkit keburukan lawan bicara, menyanjung-nyanjung dirinya dan mengeluarkan kalimat yang mengandungi kekufuran atau yang lainnya. Untuk itu, ketika kita dalam keadaan marah, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kita untuk mengucapkan perkataan yang baik, atau kalau tidak mampu maka dianjurkan untuk diam, baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Apabila seseorang dari kalian marah, hendaklah ia diam.”[10]

(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006)



Sumber http://almanhaj.or.id/ di edit oleh Abu Usamah


[1] Nusyuz iaitu meninggalkan kewajipannya selaku isteri, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya, dan lainnya.

[2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1218 (147)), dari Shahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhuma.

[3] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2146), Ibnu Majah (no. 1985), Ibnu Hibban (no. 1316 -al-Mawaarid) dan al-Hakim (II/188), dari Sahabat Iyas bin ‘Abdillah bin Abi Dzubab radhiyallaahu ‘anhu. Hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim dan disetujui oleh adz-Dzahabi.

[4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 4942), Muslim (no. 2855) dan at-Tirmidzi (no. 2401).

[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh ath-Thahawi dalam al-Musykilul Atsar (VI/343, no. 2523), Ibnu Majah (no. 1977), dari Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ibnu Hibban (no. 1312 -al-Mawaarid) dan at-Tirmidzi (no. 3895), dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha.

[6] Hadits shahih lighairihi: Diriwayatkan oleh Ahmad (II/250 dan 472), at-Tirmidzi (no. 1162) dan Ibnu Hibban (no. 1311 -al-Mawaarid), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (no. 284).

[7] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1469), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.

[8] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2160), Ibnu Majah (no. 1918), al-Hakim (II/185), al-Baihaqi (VII/148), dan al-Hakim menshahihkannya, dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Aadabuz Zifaaf (hal. 92-93).

[9] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2194), at-Tirmidzi (no. 1184), Ibnu Majah (no. 2039), al-Hakim (II/198) dan Ibnul Jarud (no. 712) dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Irwaa-ul Ghaliil (no. 1826).

[10] Hadits shahih lighairihi: Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 245 dan 1320), Ahmad (I/239, 283, 365), dari Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma, lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 1375).

Hak Isteri Yang Wajib di Penuhi Suami:ENGKAU MEMBERINYA PAKAIAN APABILA ENGKAU BERPAKAIAN

Seorang suami wajib memberikan pakaian kepada isterinya sebagaimana dia berpakaian. Apabila dia menutup aurat, maka isterinya pun wajib menutup aurat. Hal ini menunjukkan kewajipan setiap suami mahupun isteri untuk menutup aurat. Untuk lelaki batas auratnya adalah dari pusat hingga ke lutut (termasuk paha). Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Paha itu aurat.”[1]

Sedangkan aurat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali muka dan telapak tangannya. Termasuk aurat bagi wanita adalah rambut dan betisnya. Jika auratnya terdedah kepada selain mahramnya, maka dia telah berbuat dosa, termasuk dosa bagi suaminya kerana telah melalaikan kewajipan ini. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Ada dua golongan penghuni Neraka, yang belum pernah aku lihat keduanya, iaitu suatu kaum yang memegang cemeti seperti ekor sapi untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, dia berjalan berlenggak-lenggok dan kepalanya dicondongkan seperti punduk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium bau Syurga, sedangkan sesungguhnya bau Syurga itu tercium sejauh perjalanan begini dan begini.”[2]

• Beberapa syarat-syarat yang perlu diperhatikan di dalam berpakaian (busana) muslimah yang sesuai dengan syari’at Islam[3], iaitu:

• Menutupi Seluruh Tubuh, Kecuali Wajah Dan Kedua Telapak Tangan.
Allah Ta’ala berfirman:

“Ertinya : Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab : 59).

Juga sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Asma’ binti Abi Bakar.

“Ertinya : Wahai Asma’, sesungguhnya apabila seorang wanita telah haidh (sudah baligh), maka tidak boleh terlihat darinya kecuali ini dan ini.” Kemudian baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam memberi isyarat ke arah wajah dan kedua telapak tangan baginda.”[4]

• Bukan Berfungsi Sebagai Perhiasan.

Allah Ta’ala berfirman:

“Ertinya : Dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat.” (An-Nuur : 31)

Juga berdasarkan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam

“Ertinya : Ada tiga golongan, jangan engkau tanya tentang mereka (kerana mereka termasuk orang-orang yang binasa):… dan seorang wanita yang ditinggal pergi suaminya, sedangkan suaminya telah mencukupkan keperluan duniawinya, namun setelah itu dia ber-tabarruj…”[5]

• Kainnya Harus Tebal, Tidak Boleh Nipis (Transparensi)

Seorang wanita dilarang memakai pakaian yang ketat atau nipis sehingga memperlihatkan bentuk tubuhnya.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ertinya : Pada akhir ummatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) mereka bertelanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat punduk unta. Laknatlah mereka kerana sebenarnya mereka itu wanita yang terlaknat.”[6]

• Wajib Longgar Dan Tidak Ketat.
Usamah bin Zaid berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memberiku baju Qubthiyah yang tebal (biasanya baju tersebut tipis-pen) yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan kepada isteriku. Nabi bertanya, ‘Mengapa engkau tidak mengenakan baju Qubthiyah?’ Aku menjawab, ‘Aku pakaikan baju itu pada isteriku.’ Lalu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Perintahkan dia agar mengenakan baju dalam kerana aku khuatir baju itu masih boleh menggambarkan bentuk tubuhnya.”[7]

• Tidak Memakai Wangi-Wangian (Perfume).

Larangan menggunakan wangian bagi wanita ini begitu keras, bahkan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarangnya meskipun untuk pergi ke masjid. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Siapa pun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu dia melewati kaum laki-laki agar tercium baunya, maka dia (seperti) pelacur.”[8]

Sedangkan jika isteri menggunakannya di hadapan suaminya, di dalam rumahnya, maka hal ini dibolehkan – bahkan- dianjurkan berhias untuk suaminya.

• Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki.


Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata.

“Ertinya : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”[9]

• Tidak Menyerupai Pakaian Wanita-Wanita Kafir.


Ini kerana di dalam syari’at Islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin – muslim dan muslimah – tidak boleh bertasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik di dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Barangsiapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk golongan mereka.”[10]

• Bukan Pakaian Syuhrah (Pakaian Untuk Mencari Populariti)
Hal ini berdasarkan hadits Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Barangsiapa yang mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya di hari Kiamat lalu membakarnya dengan api Neraka.”[11]

Pakaian syuhrah adalah pakaian yang dipakai untuk meraih populariti di tengah-tengah masyarakat, baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, mahupun pakaian yang bernilai rendah, yang dipakai oleh seseorang untuk menampakkan kezuhudan dan bertujuan untuk riya’.[12]

• Dilarang Memakai Pakaian Yang Terdapat Gambar Makhluk Yang Bernyawa. Larangan Ini Berlaku Untuk Lelaki Dan Perempuan.

Jika seorang suami malu dan risau dengan pakaian yang tidak menutup aurat -dengan seluar pendek misalnya- untuk pergi ke pasar, maka hendaklah dia juga merasa risau ketika mengetahui bahawa isterinya pergi ke pasar, ke tempat umum atau keluar rumah dengan aurat terbuka sehingga orang-orang yang jahil dan berakhlak buruk turut melihat keindahan tubuh isteri yang dicintainya.

Seorang suami hendaklah memiliki rasa cemburu di dalam masalah ini, kerana kalau tidak, nescaya dia akan menjadi dayus (membiarkan kejelekan yang timbul dalam rumah tangganya), dan ini akan menjadi permulaan malapetaka yang dapat menghancur leburkan kehidupan rumah tangga yang telah dibangun dan dibinanya dengan susah payah.

Seorang suami hendaklah menasihati isterinya di dalam masalah pakaian ini sehingga isterinya tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan syari’at dan menyempurnakannya dengan pakaian terbaik menurut syari’at Islam. Hal ini supaya dia tidak terjebak kepada istilah-istilah busana muslim yang moden dan trend yang mana pada hakikatnya merupakan busana yang terlaknat seperti hal-hal tersebut di atas.

(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006)

Sumber: http://almanhaj.or.id/ diedit oleh Abu Usamah



[1] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2796, 2797) dari Ibnu ‘Abbas dan Jarhad al-Aslami radhiyallaahu ‘anhum. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 4280).

[2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2128), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.

[3] Untuk lebih jelas, sila membaca kitab Jilbab al-Mar-atil Muslimah (Jilbab Wanita Muslimah) yang ditulis oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullaah dan kutaib an-Nisaa’ wal Mauzhah wal Aziyaa’ oleh Khalid bin ‘Abdurrahman asy-Syayi’ cet. Darul Wathan Riyadh, diterjemahkan dengan judul “Bahaya Mode”.

[4] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4104), dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Lihat takhrij lengkap hadits ini dalam kitab ar-Raddul Mufhim (Hal. 79-102) oleh Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullaah. Beliau menghasankan hadits ini dengan takhrij ilmiah menurut kaidah ulama ahli hadits.

[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Hakim (I/119) dan Ahmad (VI/19), dari Shahabat Fadhalah bin ‘Ubaid radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 3058).

[6] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jamush Shaghiir (I/127-128) dari hadits Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma.

[7] Diriwayatkan oleh adh-Dhiya’ al-Maqdisi dalam kitab al-Hadits al-Mukhtarah (I/441).

[8] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ahmad (IV/414, 418), an-Nasa’i (VIII/153), Abu Dawud (no. 4173) dan at-Tirmidzi (no. 2786), dari Abu Musa radhiyallaahu ‘anhu.

[9] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4098), Ibnu Majah (no. 1903), al-Hakim (IV/194) dan Ahmad (II/325), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Jilbaab al-Mar-atil Muslimah (hal. 141) oleh Syaikh al-Albani rahimahullaah.

[10] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4031), Ahmad (II/50, 92), dari Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Shahiihul Jaami’ (no. 6149) dan Jilbaab al-Mar-atil Muslimah (hal. 203-204).

[11] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4029) dan Ibnu Majah (no. 3607), dari Shahabat Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Jilbaab al-Mar-atil Muslimah (hal. 213)

[12] Jilbab al-Mar’atil Muslimah (hal. 213).

HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI MENURUT SYARI’AT ISLAM YANG MULIA

Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sentiasa menganjurkan kaum muda untuk menyegerakan menikah sehingga mereka tidak terjebak dalam kemaksiatan, menuruti hawa nafsu dan syahwatnya. Ini kerana, banyak sekali keburukan akibat menunda pernikahan. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk menikah, maka menikahlah! Ini kerana menikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia shaum (puasa) kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.”[1]

Anjuran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk segera bernikah mengandungi berbagai manfaat, sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, di antaranya:

(1). Melaksanakan Perintah Allah Ta’ala.
(2). Melaksanakan Dan Menghidupkan Sunnah Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam.
(3). Dapat Menundukkan Pandangan.
(4). Menjaga Kehormatan Lelaki Dan Perempuan.
(5). Terpelihara Kemaluan Daripada Berbagai Ragam Maksiat.

Dengan bernikah, seseorang akan terpelihara daripada perbuatan jelek dan hina, seperti zina, dan selainnya. Dengan terpelihara diri daripada berbagai jenis perbuatan keji, maka hal ini adalah salah satu sebab dijaminnya dia untuk masuk ke dalam Syurga.

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Barangsiapa yang menjaga apa yang ada di antara dua bibir (lisan)nya dan di antara dua paha (kemaluan)nya, aku akan jamin dia masuk ke dalam Syurga.”[2]

(6). Ia Juga Akan Termasuk Di Antara Orang-Orang Yang Ditolong Oleh Allah.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang tiga golongan yang ditolong oleh Allah, iaitu orang yang bernikah untuk memelihara dirinya dan pandangannya, orang yang berjihad di jalan Allah, dan seorang hamba yang ingin melunasi hutangnya (menebus dirinya) agar merdeka (tidak menjadi hamba lagi). Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ertinya : Ada tiga golongan manusia yang berhak mendapat pertolongan Allah: (1) mujahid fi sabilillah, (2) hamba yang menebus dirinya agar merdeka, dan (3) orang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya.”[3]

(7). Dengan Bernikah, Seseorang Akan Menuai Ganjaran Yang Banyak.

Bahkan, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan bahswa seseorang yang melakukan hubungan seks dengan isterinya akan mendapatkan ganjaran. Beliau bersabda,

“Ertinya : … dan pada persetubuhan salah seorang daripada kalian adalah shadaqah…”[4]

(8). Mendatangkan Ketenangan Di Dalam Hidupnya

Iaitu dengan terwujudnya keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla:

“Ertinya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21)

Seseorang yang melimpah ruah hartanya belum tentu merasa tenang dan bahagia di dalam kehidupannya, lebih-lebih lagi jika dia belum bernikah lalu justeru itu melakukan pergaulan di luar pernikahan yang sah. Kehidupannya akan dihantui oleh kegelisahan. Dia juga tidak akan mengalami mawaddah dan cinta yang sebenarnya, sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Ertinya : Tidak pernah terlihat dua orang yang saling mencintai seperti (yang terlihat dalam) pernikahan.”[5]

Cinta yang dibungkus dengan perhubungan di luar nikah, pada hakikatnya hanyalah nafsu syahwat belaka, bukan kasih sayang yang sesungguhnya, bukan rasa cinta yang sebenarnya, dan dia tidak akan mengalami ketenangan kerana dia berada di dalam perbuatan dosa dan laknat Allah. Terlebih lagi jika mereka hidup berduaan tanpa ikatan pernikahan yang sah. Mereka akan terjerumus ke dalam lembah perzinaan yang menghinakan mereka di dunia dan akhirat.

Berdua-duaan antara dua insan yang berlainan jantina merupakan perbuatan yang terlarang dan hukumnya haram di dalam Islam, kecuali antara suami dengan isteri atau dengan mahramnya. Sebagaimana sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Ertinya : Jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, kecuali si wanita itu bersama mahramnya.”[6]

Berdua-duaan dengan didampingi mahramnya pun harus ditilik daripada sudut kepentingan yang ada. Jika tujuannya adalah untuk ber’dating’, maka hukumnya tetap terlarang dan haram kerana perhubungan di luar nikah hanya akan mendatangkan kegelisahan dan menjerumuskan dirinya kepada perbuatan-perbuatan terlaknat. Di dalam agama Islam yang sudah sempurna ini, tidak ada istilah bermain cinta meskipun dengan dalih untuk dapat saling mengenali dan memahami di antara kedua calon suami isteri.

Namun berdua-duaanan dengan didampingi mahramnya dengan tujuan meminang (khitbah), kemudian dia bernikah, maka hal ini diperbolehkan di dalam syari’at Islam, dengan syarat-syarat yang telah dijelaskan pula oleh syari’at.

(9). Memiliki Keturunan Yang Shalih

Setiap orang yang bernikah pasti ingin memiliki anak. Dengan bernikah –dengan izin Allah- dia akan memperolehi keturunan yang shalih, sehingga menjadi aset yang sangat berharga kerana anak yang shalih akan sentiasa mendo’akan kedua orang tuanya, serta dapat menjadikan amal bani Adam terus mengalir meskipun jasadnya sudah berkalang tanah di dalam kubur.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga hal: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak shalih yang mendo’akannya.”[7]

(10). Bernikah Dapat Menjadi Sebab Semakin Banyaknya Jumlah Ummat Nabi Muhammad Shallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam

Termasuk di dalam anjuran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah menikahi wanita-wanita yang subur, supaya dia memiliki keturunan yang banyak.

Seorang yang beriman tidak akan merasa takut dengan sempitnya rezeki daripada Allah sehingga dia tidak membatasi jumlah kelahiran anaknya. Di dalam Islam, pembatasan jumlah kelahiran atau dengan istilah lain yang menarik (seperti “Perancangan Keluarga”) hukumnya haram dalam Islam ( kecuali dengan sebab-sebab syari’e seperti kesihatan dan keselamatan si ibu). Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah mendo’akan seorang Shahabat beliau, iaitu Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu, yang telah membantu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selama sepuluh tahun dengan do’a:

“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya dan berkatilah baginya daripada apa-apa yang Engkau anugerahkan kepadanya.”[8]

Dengan kehendak Allah, dia menjadi orang yang paling ramai anaknya dan paling banyak hartanya pada waktu itu di Madinah. Kata Anas, “Anakku, Umainah, menceritakan kepadaku bahawa anak-anakku yang sudah meninggal dunia ada 120 orang pada waktu Hajjaj bin Yusuf memasuki kota Bashrah.”[9]

Semestinya seorang muslim tidak merasa khuatir dan takut dengan ramainya anak, bahkan sepatutnya dia berasa bersyukur kerana telah mengikuti Sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang mulia. Allah ‘Azza wa Jalla akan memudahkan baginya dalam mendidik anak-anaknya, sekiranya dia bersungguh-sungguh untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Bagi Allah ‘Azza wa Jalla tidak ada yang mustahil.

Di antara manfaat dengan ramainya anak dan keturunan adalah:

1. Mendapatkan kurnia yang sangat besar yang lebih tinggi nilainya daripada harta.
2. Menjadi buah hati yang menyejukkan pandangan.
3. Aset untuk mendapatkan ganjaran dan pahala di sisi Allah.
4. Di dunia mereka akan saling menolong dalam kebajikan.
5. Mereka akan membantu meringankan beban orang tuanya.
6. Do’a mereka akan menjadi amal yang bermanfaat ketika orang tuanya sudah tidak mampu lagi beramal (telah meninggal dunia).
7. Jika ditakdirkan anaknya meninggal ketika masih kecil/belum baligh -insya Allah- dia akan menjadi syafa’at (penghalang masuknya seseorang ke dalam Neraka) bagi orang tuanya di akhirat kelak.
8. Anak akan menjadi hijab (pembatas) dirinya dengan api Neraka, manakala orang tuanya mampu menjadikan anak-anaknya sebagai anak yang shalih atau shalihah.
9. Dengan ramainya anak, akan menjadi salah satu sebab kemenangan kaum muslimin ketika jihad fi sabilillah dikumandangkan kerana jumlahnya yang sangat ramai.
10. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bangga akan jumlah ummatnya yang ramai.

Anjuran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ini tentu tidak bertentangan dengan manfaat dan hikmah yang dapat dipetik di dalamnya. Meskipun kaum kafir tiada berhenti-henti menakut-nakutkan kaum muslimin supaya mereka tidak memiliki ramai anak dengan alasan rezeki, waktu, dan tenaga yang terbatas untuk mengurus dan memerhatikan mereka, sedangkan boleh jadi dengan adanya anak-anak yang menyambutnya ketika pulang dari bekerja, ia akan membuatkan rasa letih dan lelahnya hilang seketika. Apalagi jika dia dapat bermain dan bersenda gurau dengan anak-anaknya. Masih banyak lagi keutamaan di dalam memiliki ramai anak, dan hal ini tidak mampu dinilai dengan harta.

Bagi seorang muslim yang beriman, dia harus yakin dan mengimani bahawa Allahlah yang memberikan rezeki dan mengatur seluruh rezeki bagi hambaNya. Tidak ada yang luput daripada pemberian rezeki Allah ‘Azza wa Jalla, meskipun ia hanya seekor ikan yang hidup di lautan yang sangat dalam atau burung yang terbang tinggi di langit. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Ertinya : Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat simpanannya. Semua (tertulis) di dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Huud : 6)

Pada hakikatnya, bekerja hanyalah sebagai sarana datangnya rezeki, bukan yang memberikan rezeki, sehinggakan setiap hamba Allah ‘Azza wa Jalla diperintahkan untuk berusaha dan bekerja, sebagai sebab datangnya rezeki itu asalkan dengan tetap tidak berbuat maksiat kepada Allah ‘Azza wa Jall. Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

Ertinya : “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya.” (Ath-Thalaq : 4)

Jadi, pada dasarnya tidak ada alasan apa pun yang membenarkan seseorang membatasi dalam memiliki jumlah anak, misalnya dengan menggunakan alat-alat seperti kondom bahkan ada yang akan membahayakan dirinya dan suaminya, secara perubatan mahupun psikologi.





APABILA BELUM DIKURNIAI ANAK

Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Maha Adil, Maha Mengetahui, dan Maha Bijaksana menganugerahkan anak kepada pasangan suami isteri, dan ada pula yang tidak diberikan anak. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Ertinya : Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan jenis lelaki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa.” (Asy-Syuuraa : 49-50)

Apabila sepasang suami isteri sudah bernikah sekian lama namun ditakdirkan oleh Allah belum memiliki anak, maka janganlah dia berputus asa daripada rahmat Allah ‘Azza wa Jalla. Hendaklah dia terus berdo’a sebagaimana Nabi Ibrahim ‘alaihis salaam dan Zakariya ‘alaihis salaam telah berdo’a kepada Allah sehinggakn Allah ‘Azza wa Jalla mengabulkan do’a mereka.

Do’a mohon dikurniai keturunan yang baik dan shalih terdapat di dalam Al-Qur’an, iaitu:

“Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang shalih.” (Ash-Shaaffaat : 100)

“…Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqaan : 74)

“…Ya Rabbku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.” (Al-Anbiyaa’ : 89)

“…Ya Rabbku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar do’a.” (Ali ‘Imran : 38)

Suami isteri yang belum dikurniai anak, hendaklah ikhtiar dengan berubat secara perubatan yang dibenarkan menurut syari’at, juga mengambil ubat-ubatan, makanan dan minuman yang menyuburkan. Juga dengan meruqyah (jampi) diri sendiri dengan ruqyah yang diajarkan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan terus menerus istighfar (memohon ampun) kepada Allah di atas segala dosa. Serta sentiasa berdo’a kepada Allah di tempat dan waktu yang dikabulkan. Seperti ketika thawaf di Ka’bah, ketika berada di Shafa dan Marwah, pada waktu sa’i, ketik wuquf di Arafah, berdo’a di sepertiga malam yang akhir, ketika sedang berpuasa, ketika safar, dan lainnya.

Apabila sudah berdo’a namun belum terkabul juga, maka ingatlah bahawa semua itu ada hikmahnya. Do’a seorang muslim tidaklah sia-sia dan Insya Allah akan menjadi simpanannya di akhirat kelak.

Janganlah sesekali seorang muslim berburuk sangka kepada Allah! Hendaklah dia sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Apa yang Allah takdirkan baginya, maka itulah yang terbaik. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya, Maha Bijaksana dan Mahaadil.

Bagi yang belum dikurniai anak, gunakanlah kesempatan dan waktu untuk melakukan banyak kebaikan yang sesuai dengan syari’at, setiap hari membaca Al-Qur-an dan menghafalnya, gunakan waktu untuk membaca buku-buku tafsir dan buku-buku lain yang bermanfaat, berusaha membantu keluarga, kerabat terdekat, jiran tetanga yang sedang susah dan miskin, mengasuh anak yatim, dan sebagainya.

Mudah-mudahan dengan perbuatan-perbuatan baik yang dikerjakan dengan ikhlas mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat, serta dikurniai anak-anak yang shalih.

(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006)



http://almanhaj.or.id/

Di terjemah dan diedit oleh Abu Usamah

[1] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ahmad (I/378, 425, 432), al-Bukhari (no. 1905, 5065, 5066), Muslim (no. 1400), at-Tirmidzi (no. 1081), an-Nasa-i (VI/56, 57), ad-Darimi (II/132), Ibnu Jarud (no. 672) dan al-Baihaqi (VII/77), dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu.

[2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6474, 6807), dari Sahl bin Sa’ad radhiyallaahu ‘anhu.

[3] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Ahmad (II/251), an-Nasa-i (VI/61), at-Tirmidzi (no. 1655), Ibnu Majah (no. 2518) dan al-Hakim (II/160, 161), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat al-Misykah (no. 3089).

[4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1006), al-Bukhari dalam al-Adaabul Mufrad (no. 227), Ahmad (V/167, 168), Ibnu Hibban (no. 4155—at-Ta’liiqatul Hisaan) dan al-Baihaqi (IV/188), dari Abu Dzarr radhiyallaahu ‘anhu.

[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 1847), al-Hakim (II/160), al-Baihaqi (VII/78) dari Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (no. 624).

[6] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ahmad (I/26, 222), al-Bukhari (no. 1862) dan Muslim (no. 1341) dan lafazh ini menurut riwayat Muslim, dari Sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma

[7] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1631), al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 38), Abu Dawud (no. 2880), an-Nasa’i (VI/251), at-Tirmidzi (no. 1376, Ibnu Khuzaimah (no. 2494), Ibnu Hibban (no. 3016) dan lainnya, dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Irwaa’ul Ghaliil (no. 1580).

[8] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6334, 6344, 6378, 6380) dan Muslim (no. 2480, 2481).

[9] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1982). Lihat Fat-hul Baari (IV/228-229).